Soalan Lazim & Rujukan
SOALAN LAZIM
21 Soalan Objektif
- Adakah anda bersetuju dengan kenyataan remaja hanya tahu menyusahkan keluarga, memalukan bangsa, dan meruntuhkan agama?
a) Setuju
b) Tidak setuju
- Remaja perlu diberi peluang untuk mencorak hidup sendiri.
a) betul
b) Salah
- Adakah anda seronok sekiranya diterima oleh rakan sebaya?
a) Ya
b) Tidak
- Apakah harapan anda terhadap penerimaan ibubapa atas diri anda?
a) Dapat menerima perubahan yang sedang berlaku
b) Mengongkong
c) Tentukan segala yang perlu dilakukan
d) Memberi peluang untuk melakukan keputusan untuk diri sendiri
- Adakah anda merasa malu dengan rakan-rakan kerana tidak mempunyai kekasih?
a) Ya
b) Tidak
- Adakah anda cemburu dengan rakan sebaya yang telah mempunyai kekasih?
a) Ya
b) Tidak
- Pernahkah tergerak dihati anda untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dan ajaran agama?
a) Pernah
b) Kadang-Kadang
c) Tidak Pernah
- Apakah perasaan anda sekiranya diberi peluang tinggal berasingan dengan ibu bapa?
a) Seronok
b) Bimbang
c) Berpuas hati
d) Tidak suka
- Apakah tindakan anda terhadap ibu bapa sekiranya anda melakukan kesalahan seperti ponteng sekolah?
a) Memohon maaf dan menceritakan hal yang sebenar
b) Cuba menyembunyikan dari pengetahuan mereka
c) Menganggap perbuatan tersebut tiada kaitan dengan mereka
- Jika anda diberi peluang untuk memilih usia anda untuk hari esok, apakah pilihan yang akan anda buat?
a) Memilih untuk dilahirkan semula
b) Memilih untuk menjadi kanak-kanak
c) Memilih untuk menjadi dewasa
d) Memilih untuk menjadi remaja selamanya
- Saat manakah yang paling mengembirakan anda?
a) Bila bersama dengan rakan-rakan disekolah
b) Bila bersama rakan-rakan di luar sekolah
c) Bila bersama ahli keluarga
d) Bila bersendirian
- Siapakah orang yang paling anda takuti?
a) Ibubapa
b) Guru disiplin
c) Rakan-rakan di sekolah
d) Rakan–rakan di luar sekolah
- Sekiranya anda dilanda sebarang masalah, siapakah orang pertama dalam fikiran anda yang akan anda jadikan tempat mengadu?
a) Ahli keluarga terdekat
b) Guru sekolah
c) Rakan Sebaya
d) Tiada jawapan di atas
- Apakah yang paling anda suka lakukan dihujung minggu?
a) Tidur sepanjang hari
b) Beriadah bersama keluarga
c) Bersendirian di bilik
d) Lepak bersama rakan-rakan
- Sekiranya ditakdirkan suatu hari anda menemui sejumlah wang yang besar semasa dalam perjalanan anda ke sekolah, apakah yang akan anda lakukan?
a) Menyerahkan wang berkenaan kepada guru atau pihak berkuasa
b) Ponteng sekolah dan berbelanja sebahagian daripada wang yang dijumpai
c) Menyimpan wang untuk keperluan persekolahan
d) Tidak mempedulikan wang berkenaan kerana ianya hak orang lain.
- Apakah pendapat anda terhadap rakan yang tartarik atau bercinta sesama rakan daripada kaum sejenis?
a) Mereka berhak memilih teman hidup masing-masing atas dasar hak kebebasan manusia.
b) Mereka ini perlu mendapatkan rawatan pemulihan kerana ianya bercanggahan dengan agama dan batasan kemanusiaan
c) Adalah tidak salah untuk memilih rakan daripada kaum sejenis untuk dijadikan kekasih asalkan keduanya saling memahami dan memerlukan.
d) Bersedia membimbing rakan berkenaan kembali kepada jalan yang benar.
- Sekiranya diberi pilihan, yang manakah antara berikut ini menjadi pilihan anda?
a) Anda adalah merupakan anak tunggal dalam keluarga
b) Anda mempunyai ramai adik beradik
c) Anda merupakan anak bongsu dalam ahli keluarga
d) Anda adalah merupakan anak sulung dalam keluarga
- Berdasarkan kepada keadaan yang anda sedang alami sekarang ini, yang manakah menggambarkan keadaan anda?
a) Mewah dengan wang ringgit dan harta benda tetapi tidak mendapat kasih sayang daripada ahli keluarga
b) Mendapat belaian kasih sayang daripada ahli keluarga sepenuhnya tetapi hidup dalam keluarga yang serba kekurangan.
c) Berada dalam keluarga yang sederhana dari segi curahan dan belaian kasih sayang dan keperluan materialistik.
d) Tidak mendapat kedua-dua belaian kasih sayang atau kemewahan wang ringgit.
- Apakah tujuan sebenar anda ke sekolah atau pusat pengajian sebagaimana yang anda lakukan sekarang ?
a) Kerana atas desakan ahli keluarga
b) Kerana kesedaran diri demi mencapai cita-cita yang menggunung.
c) Kerana sekadar memenuhi masa lapang
d) Pergi ke sekolah dan pusat pengajian adalah satu-satunya alasan untuk menerima peruntukan wang dari ahli keluarga dan bergaul dengan rakan rakan.
- Siapakah yang paling mempengaruhi cara anda mengalami kehidupan harian anda?
a) Pembantu Rumah
b) Ibubapa
c) Guru-guru
d) Rakan-rakan
- Sekiranya ditakdirkan suatu hari nanti anda kehilangan ibu/bapa tersayang atas sebab tertentu, apakah tindakan anda?
a) Meneruskan kehidupan dengan lebih bahagia kerana Ibu/Bapa bukanlah merupakan antara orang yang penting dalam hidup anda.
b) Berdukacita tanpa melihat kehidupan dalam hari-hari mendatang.
c) Meneruskan kehidupan dengan lebih bersemangat demi mencapai cita-cita yang diimpikan sejak bersama dengan ibu/bapa tersayang.
d) Mengikuti rakan-rakan berpeleseran kerana sudah tidak ada lagi insan sebagai tempat anda mengadu nasib di dunia ini.
Soalan Subjektif
- Apabila berbicara soal gangsterisme, mat rempit, bohsia, bohjan, dadah, bersekedudukan, berpeleseran, seks rambang, buang anak dan suka berfoya-foya, apakah yang tergambar dalam minda anda?
- Apakah pandangan anda sekiranya segala kesalahan kelakuan sosial sering kali remaja yang dipersalahkan?
- Apakah yang anda perlukan dari ibu bapa dan keluarga anda dalam kehidupan ini?
Rujukan
- David Schwartz, Jonathan Nakamoto, Andrea Hopmeyer Gorman, Tara McKay. 2006.
Jurnal Psikologi Perkembangan. Popularity, Social acceptance, and Aggression in Adolescent Peer Groups:Links With Academic Performance and School Attendance. . Jld/Volum 42. American Psychological Association.
- Jafar Mahmud. 2004. Development Psychology. New Delhi. A P H Publishing
Corporation.
- Jas Laile Suzana Jaafar. 2000.Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur
- Kamarulzaman Kamaruddin. 2003. Psikologi Perkembangan: Teori dan Konsep.Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
- Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi. Edisi Kedua. McGraw-Hill
(Malaysia ) Sdn. Bhd.
- Mohd. Saleh Lebar. 1999. Memahami Psikologi. Thinker’s Library Sd. Bhd.
- Noel A. Card, Ernest V.E.Hodges. 2006. Shared Targets For Aggression by Early
Adolescent Friends. Jld/Volum 42. American Psychological Association.