Zaman remaja bukan sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remaja tetapi juga keluarganya. Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial (yang mungkin bertentangan), kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang remaja. Umpamanya dorongan syahwatnya wajib dikekang menurut ajaran agama serta norma-norma sosial.
Perkembangan Identiti
Setiap individu mempunyai identiti.. Akan tetapi bukanlah mudah untuk memberi pengertian yang tepat tentang identity. Ini disebabkan setiap identity seseorang itu amatlah rumit dan ia melibatkan pelbagai kualiti dan dimensi. Selain itu erti identiti juga bergantung atas pengalaman subjektif. Dari situ boleh juga secara rengkasnya identity bererti satu set cirri personaliti yang lebih kurang stabil.
Individuasi merupakan proses di mana remaja mula mempunyai satu identitii yang berbeza antara dengan yang lain. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan, amalan dan eksperimen, membaharui perhubungan dan konsolidasi.
Fasa perbezaan yang berlaku pada awal remaja, di mana dia akan tahu bahawa wujud perbezaan antaranya dengan ibu bapa dari segi psikologi. Ini akan menjadikan remaja menyoal dan membincang nilai dan nasihat ibu bapa walaupun ianya adalah betul. Mereka tidak akan melakukan perkara yang dicadangkan , ini semakin mendalam apabila remaja itu sedar bahawa ibu bapanya bukanlah begitu sempurna seperti yang dianggapnya semasa kanak-kanak.
Semasa amalan dan eksperimen pula, remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan melakukan kesilapan. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar kewibawaan ibu bapa dalam keadaan tertentu. Remaja meningkatkan komitmen terhadap rakan sebaya yang memberinya sokongan dan persetujuan yang dicari-carinya.
Membaharui perhubungan merupakan fasa yang berlaku pada pertengahan zaman remaja apabila dia telah dapat mengasingkan dirinya daripada ibu bapa. Kesedaran yang menimbulkan sediit rasa gundah dan ketakutan akibat pengasingan ini membawanya kembali ke pangkuan ibu bapa dan menerima semula autoriti ibu bapa tetapi dengan syarat. Selalunya remaja akan mencabar dan pada masa yang lain akan bekerjasama dan berdamai. Pada fasa ini, didapati remaja sering cuba sedaya upaya menerima tanggungjawab di rumah tetapi akan merasa marah dan geram apabila ibu bapa berkeras untuk memastikan masa untuk balik ke rumah dan harus diberitahu ke mana remaja itu pergi.
Konsolidasi pula merupakan fasa keempat yang akan berlarutan sehingga akhir remaja. Pada masa ini remaja akan membina identity personaliti dan ini menjadi asas memahami dirinya dan orang lain serta mengekalkan autonomi, kebebasan dan individulitinya. Sebagai contoh remaja pada fasa ini berumur lingkungan 18 dan 19 tahun boleh menentukan kerjayanya dan berusaha terhadap pencapaian cita-citanya dan boleh membayangkan cara bagaimana untuk menyara dirinya pada masa hadapan. Proses individuasi ini berlanjutan masa zaman remaja dan selalunya sehingga dewasa.
Perkembangan Konsep Kendiri
Konsep kendiri merupakan satu aspek yang penting kepada kewujudan dan tingkah laku seseorang individu. Persepsi terhadap kendiri ternyata akan menentukan apa yang seseorang itu alami dan bagaimana ia mengalaminya. Konsep kendir juga membenarkan seseorang individu menghubungkan diri dengan persekitaran dengan cara yang tidak akan menggugat keutuhan peribadi.
Konsep kendiri amat penting kepada remja kerana pelbagai sebab. Oleh kerana mengalami peningkatan kekuatan fizikal dan tahap autonomi semasa ini, remaja mula mempunyai darjah kebebasan yang tertentu. Jika semasa ini remaja mempunyai konsep kendiri yang tidak betul, maka sudah tentulah ia amat membahayakan kepada diri mereka dan orang lain. Mereka mungkin akan menjadi devian, tiada keyakinan diri, tersisih dan sebagainya.
Konsep kendiri remaja juga berkaitan dengan cara remaja itu mempersepsikan dirinya secara fizikal. Ekoran itulah remaja terlalu prihatin dengan bentuk tubuh badannya, fesyen rambut dan baju menjadi symbol diri dan remaja mula gemar merayau-rayau di kompleks membeli-belah.
Cara mengukuhkan konsep kendiri antaranya adalah:-
Pengukuhan melalui kesempurnaan kendiri
Cara ini merupakan kaedah yang paling asas untukkukuhkan konsep kendiri atau dengan kata lain satu proses menjadikan yang terbaik dan diri yang sebenar. Kesempurnaan kendiri menekankan soal perkembangan potensi kendiri yang membina dan bukannya tumpuan pada halangan-halangan hidup atau penyesuaian seperti takut, bimbang, kecewa dan sedih. Kesempurnaan kendiri ini tidak semua remaja dapat mencapainya. Walaubagaimanapun remaja perlu dibimbing untuk berusaha bergerak untuk mencapainya.
Pengukuhan melalui identifikasi
Identifikasi bermaksud kemuncak niali dan tuuan hidup kendiri. Remaja tidak boleh membuat identifikasi dengan orang lain dengan cara keterlaluan kerana dibimbangi mereka tiada identiti kendiri, sukar menyatukan nilai-nilai orang lain dan akan hidup di bawah bayang-bayang orang lain. Ini sering berlaku kerana remaja sering membuat identifikasi dengan pelakon kesayangan atau penyanyi pujaan mereka yang sebenarnya tidak dikenali. Hakikatnya, remaja perlu sedar tentang kewujudan diri yang unik. Tidak salah membuat identifikasi dengan orang yang terkenal dengan syarat tidak keterlaluan dan jika orang itu membuat remaja berazam untuk berjaya.
Pengukuhan melalui kecemerlangan dan pencapaian
Salah satu aspek yang dapat menyumbang kepada pengukuhan kendiri remaja ialah kecemerlangan dan pencapaian. Kedua-dua ini merupakan satu desakan untuk bersaing sesama sendiri yang kemudiannya akan menentukan arah kendiri, membuatkan remaja lebih bebas untuk membuat keputusan sendiri, lebih bersedia dengan cabaran dan tuntutan persekitaran dan lebih mempunyai keupayaan daya tindak.
Pengukuhan melalui identiti
Identiti tidak sama dengan konsep kendiri. Identiti merujuk kepada perasaan yang seseorang itu berbeza dengan orang lain. Jika seseorang remaja memperolehi identity maka ia jadi individu yang jujur dan unggul yang wujud bukan di bawah bayang-bayang orang lain. Ia kan jadi individu yang bebas dan berkeyakinan. Krisis identiti pula bermaksud satu tempoh masa bergelut atau satu tempoh masa secara aktif remaja mempersoalkan diri dan hidupnya demi memperolehi satu keputusan kerjaya, kepercayaan dan nilai.